Selasa, 18 September 2012

hilang dah beban didada sedikit jerlaa....

Pagi td baru jea habis aq jawab exam lembaga jururawat malaysia....rase dah x serabot dah pale nie,yeala lau x asyik pk sal exam jea...sampai minum nescafe supaya mata nie xngantok n ley study....skunk lega r skit walau xbanyak,xbanyak nyer sbb nak tggu result lak...2 la xla lega sangat nie...mintak2la aq n kengkawan sume dpt sukses dalam exam td amin....

Ahad, 2 September 2012

baru2 nie (29.8.2012) genap jam 12 malam umur aku 21 tahun,dah tua aku skunk kan tapi tua atas umur je muke org tgok skali cam bebudak baru nak masok tingkatan hehehebesday aku kali aku macam x kisah sangat,malas nak beriya mungkin sebab dah besar kot....tapi apa2 pown aku nak yang terbaik buat diri aku sempena umur aku cukup 21 tahun....Ya ALLAH semoga engkau permudahkan urusan ku pada tahun ini juga tahun2 akan datang dan kau panjangkan umurku,murahkan rezeki ku,jauhilah aku dari perkara2 yang membawa aku kearah kemungkaran Ya ALLAH sesungguhnya engkau maha mendengar lagi mengetahui...amin yarabal alamin....ermmmm masih sempat lagi untuk aku ceritakan kan,adeke patot kawan2 aku sambot besday aku dengan simbah aku dengan air yg busuk kalah loji najis tau,nak muntah aku bau,ape lagi aku pergila pelok dieorang balik hehehe padan muke korang...rupe2nya dieorang dah plan2 awal2 lagi,ketuanya adalah SARAH KHAIRUDIN la sape lagi..siap ko sarah!!! nasib baik tahun nie tahun last kita belaja lau tidak kene dah ko dengan aku...termasukla yg len2...eleh konon2 merajuk aku beriya la pujok alih2 aku kene simbah air busuk cam longkang 2 hehehe tapi xpe la at least korang sume ingat besday kawan korang yg comel lote nie hehehe...thanks saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnGGGGGGGGGGGGGAAAAAAAtttttt!!! hehehehe FRENS FOREVER

Ahad, 15 Julai 2012

kenanggan terindah yg tak dapat ku lupakan (sabtu 15.7.2012)





Ari sabtu yg lepas best sgt+sgt+sgt coz aq n kengkawan pergi sambot anniversary yg ke 3 tahun belajar kat (ASEAN METROPOLITAN UNIVERSITY COLLEGE).....xsangka sekejap je mase berlalu,sekarang dah genap 3 tahun aku n kengkawan belajar kat kolej nie...alhamdulillah walaupun banyak halangan n cabaran aku berjaya tempuhi hingga ke saat ini...ermmm yang aku nak ceritakan nie pasal aku n kengkawan pergi sambot anniversary kita orang kat sungai congkak,kat ulu langat 2,best sungai congkak nie...masok minggu lepas dah dua kali aku pergi sana, tapi kali nie lain sikit sebab terlalu best coz aku pergi dengan kengkawan aku yang agak ketingtonggan n sporting habis...korang nak tahu xsape,walaupun korang xkenal aku tetap nak bgtau hehe kawan aku 2 adalah rina syazwani,salmi syazwani, sarah khairuddin,siti nur ismah n siti rahmah dieorang niela kawan2 aku hehe....walaupun xdela ramai mane tapi bising die macam beribu tau hehe...best sangat coz kitaorang wat bbq,bawak makanan dari umah kira kitaorang masakla,kita orang wat syampu kepala kawan2 secara berantai n kita orang wat permainan, yg mencadangkan permainan nie kawan aku yang bernama sarah khairuddin hehe die nie bab mengenakan orang bagi kat die r memang die suka...kita orang main permainan cari gula dalam tepung,main susun batu sampai tinggi n banyak lagila hehe semua permainan yang  kitaorang main, buat kita orang macam nak giler tau coz gelak sampai pecah perot nasib baik xpecah lagi hehe makan lak xpayah cakapla kenyang ya rabbi tuhan jela yang tahu...hehe best sangat aku xkan lupe kenangan nie sampai bila2....lepas abiys belaja nie mybe kita xjumpa dah lau jumpe pown mase kahwin i2pown lau ajak,lau xajak xjumpela,lagi2 kawan aku yang bernama rahmah 2,itu memamg dah confirm xjumpe,coz die balik sabah,xkanla die rajin nak dtg sini lagi kan....tp xmustahil gak die dtgkan hehe,aku syg korang sangat2,aku happy sangat ari2,semoga kita semua ley jawab exam LjM nanti dengan cermerlang,gemilang n terbilang..... n semoga persahabtan nie kekal hingga ke akhir hayat...amin, n wat kawan2 saya,lau saya terkasar bahase,terguris perasaan or ade cakap perkara yang menyakitkan hati sy menyusun sepuluh jari memohon kemaafan yela saya juga manusia biasa yg xlari dari melakukan kesilapan tp sikit pown xde niat kat hati nak menyakitkan hati sesiape...harap korang maapkan yea hehe...frens forever n always smile :)

Isnin, 9 Julai 2012

kesabaran demi perjuangan

Hidup penuh masalah...indahnya hidup adalah bagaimana cara kita menghadapi dan mengatasi masalah tersebut...inilah erti sebenar hidup....hidup di dunia nie bukan mudah seperti bermain guli...ea seumpama kita memikul bebanan yg terlalu berat,dan yg merubahnya adalah kita sendiri,sama ade kearah kebaikan ataupun kejahatan....ingatlah sabar itu iman dan bukan kawan, dan dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.......














Rabu, 4 Julai 2012

Renungan sejenak









permulaan buku baru

Permulaan buku baru....mesti korang pelik kan tetibe nak permulaan buku baru,sedangkan bkn thn baru pown skrg nie kan....permulaan buku baru yg nak aq sampaikan adalah berkaitan dgn arinie ari khamis (5.7.2012) korang dah dapat agak x ape yg aq nak sampaikan.....dapat ke x...dapat ke x...hehe men2 lak kan hehe...ok sebenarnyer camnie...arinie 5.7.2012 bersamaan dgn nifsu syaban...tau x pe die 2...aq pown xdela tau sgt.tp tau la gak...nak disenangkan cite korang bacela sendiri kat bawah nie k.....


MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
 
Jd skrg camne korang dah fhm x mksd die....lau xfhm bace sampai phm k... :) sbb sbgai umat islam kt penting tahu k,bg yg dah tau 2 bgosla...,okla dah xde ape yg nak aq kongsikan lg...nt lau ade ag aq syerkan k...papai dada....

Khamis, 28 Jun 2012

Kebosanan terserlah


Assalamualaikum....hye semua kengkawan yg dah lame mengenali diriku ini,dan tak lupe jugak yg dah berkurun lame hehehe cam nak wat karangan la pulak kan..... Sebenarnyer dah bosan giler nie,tp  tak dela giler ag hehe...dah xtau nak wat pe jd wat la cerita dari hati nurani nie serba sedikit...arini kan dah ari jumaat jadi rasa la lega sikit coz esok dah cuti,tak payah fikir nak bangun pagi lagi,gosok baju n pergi kolej lagi walaupun cuti hanya 2 hari....tapi minggu nie memang penat giler...serius tak tipu ...dahla bangun pagi pas2 class pukol 7.30 sampai 4 ptg lak 2 memang ade rehat tapi penat tuhan jela yang tahu....tapi xpela dah name pown belajar kene la bersusah dahulu.bersenang2 kemudian xg2 hehe...xpela ika berusaha k dah xlame pown lagi nak abiys study dah pown...sabar la cikit k hehe (motivasikan diri)...emmmm nak kongsikan ape lagi erkk...ermm okla lain kali kt jumpe lagi dgn coretan yg baru hehe

Isnin, 25 Jun 2012

HIDUP 
Hidup nie bermacam dugaan..jd kita kenela pandai.." jangan main redah je"...kita kene pandai mencorak die menjadi seindah bulan purnama....seindah air sungai dilaut dan seindah ciptaan tuhan....